Wednesday, February 24, 2016

PERARAKAN BADAN BERUNIFORM

23/2/2016 - Selasa. Persatuan badan beruniform sekolah yang terdiri daripada Pengakap,TKRS, Puteri Islam dan BSMM telah menjalankan satu aktiviti tahunan, iaitu perarakan badan beruniform.
Program yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 itu berjalan dengan lancar. Antara agenda utama perarakan tersebut ialah untuk membersihkan kawasan persekitaran surau Bukit Kecil. Adalah diharapkan murid-murid dapat menanam sikap suka menjaga kebersihan serta bertanggungjawab menjaga alam sekitar.
Tahniah dan syabas diucapkan!

Wednesday, February 3, 2016

PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU

4/2/2016 - Sempena dengan bulan Februari, panitia Bahasa Melayu telah melancarkan Kempen Bulan Bahasa Melayu. Majlis perasmian itu telah dirasmikan oleh Pn.Azizah bt Daud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.