Friday, May 22, 2015

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 SIRI 1

22 MEI 2015, JUMAAT - Satu Kem Bestari Solat siri 1 telah berlangsung pada hari ini.Seramai 14 orang guru telah terlibat pada program ini. Hampir 80% murid tahap dua telah menghadiri kem ini yang sepatutnya melibatkan seramai 166 orang. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan mudah-mudahan mendidik murid-murid dalam melksanakan solat dengan betul dan sempurna..tahniah!!!

Monday, May 18, 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

18 MEI 2015, ISNIN- Sambutan hari guru disambut dengan sederhana pada kali ini. Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru..Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak". Pelbagai aktiviti telah berjalan bermula daripada sukaneka guru, membaca perutusan, nyanyian dan ikrar guru, persembahan murid dan guru dan lain-lain. Semoga sambutan pada kali ini memberi seribu satu makna dan kenangan untuk seluruh warga SK Gong Kapas. Saya sayang guru saya, terima kasih guru!

Wednesday, May 13, 2015

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

8-9 April 2015, Minggu ini telah diadakan perkhemahan badan beruniform. Seramai 116 orang murid yang terdiri daripada TKRS,BSMM,PPIM, dan Pengakap telah menyertai perkhemahan pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.

Tuesday, May 5, 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

18 April 2015, Sabtu- Pada hari ini seramai 179 org murid sekolah SK Gong Kapas yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 telah mengikuti program Kem Bestari Solat siri pertama bagi sesi 2015. Walaupun program ini merupakan program yang wajib, penyertaan murid tahap satu adalah kurang memberangsangkan. 
Adalah diharapkan kehadiran murid dapat dipertingkatkan pada masa yang akan datang. Kepada yang telah menghadiri, tahniah dan syabas diucapkan!