Monday, June 27, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia akan diadakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu). Semua ibu bapa dijemput hadir. Larian sejauh 1.5 km (sekitar kawasan sekolah) akan bermula pada jam 7.45 pagi. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah dengan memakai pakaian sukan. Para ibubapa yang ingin menyertai larian boleh mendaftarkan diri di meja urusetia bermula jam 7.15 pagi. Larian ini akan direkodkan dalam Malaysia Book Of Record. Larian ini hanya melibatkan murid-murid tahap 2 sahaja manakala murid-murid tahap 1 akan menjalankan aktiviti di Dewan SKGK. Murid-murid tahap 1 dikehendaki membawa pensil warna.

Selepas acara larian, murid-murid tahap 2 akan menyertai permainan seperti bola sepak dan bola jaring sehingga jam 10 pg. Ceramah Isra' Mikraj akan menyusul selepas rehat. Murid-murid dibenarkan pulang pada jam 12.45 tghari.

Hari Ahad, 3 Julai 2011diisytiharkan CUTI....

Sunday, June 26, 2011

Latihan Kebakaran



26 Jun - Latihan kebakaran telah diadakan di SKGK pada jam 8.30pg - 10.00pg melibatkan semua guru, kakitangan dan murid. Pihak sekolah telah menjemput 3 orang wakil daripada BOMBA Caw Kuala Terengganu untuk memberikan tunjuk ajar dan demonstrasi untuk memadamkan kebakaran.

Tuesday, June 21, 2011

Program 1 Murid 1 Sukan



Aktiviti 1M1S dijalankan setiap hari Selasa bermula jam 3.00 petang iaitu selepas aktiviti kokurikulum. Kesemua murid tahap 2 terlibat. Di harap para ibubapa dapat memberikan kerjasama penuh kepada pihak sekolah kerana program ini adalah arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Penolong Kanan Kokurikulum SKGK, Cikgu Mohamad b Salleh.

Choral Speaking 2011




Pasukan Choral Speaking SKGK mendapat tempat ke-3 peringkat negeri Terengganu. Pertandingan yang berlangsung di Besut ini telah dimenangi oleh Pasukan Besut diikuti Pasukan Kemaman di tempat ke-2.




Ribuan terima kasih diucapkan kepada jurulatih pasukan, Teacher Estee dan Teacher Sabariah yang berhempas pulas melatih pasukan tanpa mengira penat. Syabas dan tahniah diucapkan.


Selepas ini, Pasukan Choral Speaking SKGK akan bertanding di SMK Rantau Petronas. Anjuran Petronas ini akan berlangsung pada 12 Julai 2011. Di harap hanya 5 orang pengadil akan mengadili pertandingan ini seadilnya.

Anugerah NILAM Negeri Terengganu 2011


Nurul Izzah bt Nordeen telah mengharumkan nama SKGK setelah memenangi Anugerah NILAM peringkat negeri Terengganu kategori Sekolah Rendah Bandar 2011.

Tuesday, June 14, 2011

Majlis Cakna Waris

Pihak Sekolah Kebangsaan Gong Kapas menjemput para ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 ke Dewan SKGK untuk menandatangani rekod kemajuan murid (oti 2) tahun 2011 sebagaimana berikut :

Tarikh : 16 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 11.30pg - 1.15tghari
Tempat : Dewan SKGK

Keprihatinan dan kehadiran tuan/puan pada majlis berkenaan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011

Kami warga Sekolah Kebangsaan Gong Kapas mengucapkan tahniah buat Pasukan Bola Sepak Terengganu atas kejayaan memenangi Piala FA edisi 2011. Di harap kejayaan ini akan menjadi permulaan untuk kejayaan-kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah juga buat kontinjen SUKMA Terengganu yang juga telah mengharumkan nama Terengganu setelah menjuarai SUKMA edisi 2011. Ini adalah kejayaan ke-3 berturut-turut. Tahniah dan syabas buat semua atlet.

Kem UPSR 2011



Kem UPSR telah berjaya diadakan pada 6 Mei 2011 bertempat di Hotel Sumai, Terengganu. Semua murid tahun 6 terlibat.