Sunday, January 25, 2015

AKUR JANJI MURID TAHUN 6 2015

   25 Januari 2015 - Semua murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tahun ini mengorak langkah yang seterusnya dengan membuat Akur Janji. Akur janji itu telah diketuai oleh ketua murid bagi sesi tahun 2015, Che Ku Muhammad Haiqal bin. Che Ku Pauzi.


    Setelah selesai upacara Akur Janji yang di ikrarkan dihadapan semua guru, majlis diteruskan lagi dengan acara menandatangani kain rentang murid-murid tahun 6. Semoga apa yang telah diikrarkan itu menjadi pembakar semangat untuk meneruskan pembelajaran dan menjadi batu loncatan untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. UPSR 2015 boleh!!!

Thursday, January 22, 2015

KEM MOTIVASI PELAJAR DAN SOLAT HAJAT

   22 Januari 2015 - Satu kem motivasi dan solat hajat telah berlangsung. Aktiviti ini melibatkan semua murid tahun 6 dan murid linus bersama-sama para ibu bapa. Kem ini bermula seawal 6 petang dengan pendaftaran para ibu-bapa.



Seterusnya, majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Azahar bin Abu Bakar, Pegawai PPD daerah Kuala Terengganu. Banyak perkara dan input bermanfaat diberikan oleh beliau kepada ibu pada dan murid-murid khasnya. Solat maghrib dan solat hajat telah dipimpin oleh Ustaz Fadzli, guru j-QAF SK Gong Kapas. Selesai menunaikan solat hajat, majlis pada malam itu diteruskan dengan bacaan Yasin.

   Sebagai acara kemuncak selepas selesai solat Isyak secara berjemaah, para ibu-bapa dan murid-murid mendengar slot motivasi ibu-bapa dan murid yang diuruskan oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Abd. Ghani, timbalan YPK kuala terengganu.

Wednesday, January 21, 2015

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

22 Januari 2015 - Sekolah telah mengadakan program sekolah selamat yang telah melibatkan semua guru dan murid. Program ini berlangsung pada pukul 7.45 dan berakhir pada jam 8.15.
  Murid - murid menonton tayangan berdurasi 25minit yang berkait dengan sekolah selamat.. Adalah diharapkan, murid - murid lebih berhati - hati dan menjaga keselamatan diri masing-masing.

Monday, January 19, 2015

SESI BERGAMBAR MURID TAHUN 6 2015

   Sesi bergambar bersama guru dan murid tahun 6 bagi tahun 2015. Semoga pencapaian UPSR tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Selamat maju jaya, SKGK boleh!!!
KELAS 6 CENDEKIAWAN

KELAS 6 BESTARI

TAHUN 6 2015

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH!!!

    Sesi persekolahan pada tahun ini bermula lewat seminggu, iaitu pada 11.1.2015. Perhimpunan pagi itu dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, cikgu Sabdani. Guru besar, En tan Chong Huat menyampaikan kata-kata aluan dan selamat datang kepada sesi persekolahan yang baru.

   Selepas selesai perhimpunan, para pelajar lelaki bersama ibu bapa serta guru bersama-sama melaksanakan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Azmi bagi memohon keselamatan dalam menempuh sesi persekolahan tahun ini.

  

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015

   Pada hari khamis, 15/1/2015, sekolah telah menjalankan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 10.45 pagi.

   Aktiviti pertama dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul. Pada pukul 10 pagi, ceramah Maulidur Rasul diteruskan oleh penceramah, Hajah Azizah Mohamad, pegawai Unit Dakwah, Yayasan Islam Terengganu.