Wednesday, January 27, 2016

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

28.1.2016- Satu majlis khas telah berlangsung pada hari ini, khamis berkenaan dengan guru besar, En.Azahar Shah b Mamat yang akan bertukar ke sekolah SK Simpang Rawai,Marang.
Majlis ini telah berlangsung bagi memperingati dan menghargai sumbangan khidmat bakti beliau sepanjang karier beliau menggalas tugas sebagai guru besar disini.
Harapan kami sebagai warga SKGK, semoga tuan guru besar diberi kemudahan dan bantuan dalam memastikan anak-anak didik mencapai kejayaan didunia dan akhirat...
Terima kasih Cikgu Azahar. Jasamu dikenang,menusuri zaman!!!

GOTONG ROYONG PERINGKAT SEKOLAH

28/1/2016- Satu gotong royong peringkat sekolah telah berlangsung pada hari khamis melibatkan semua guru,pekerja dan murid-murid SK Gong Kapas. Selaras dengan usaha untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes, murid-murid dan para guru bersama-sama membersih dan memastikan kawasan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk itu.
Adalah diharapkan usaha ini dapat mencegah penularan wabak demam denggi yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Syabas warga SK Gong Kapas!!!

Tuesday, January 19, 2016

PERTANDINGAN JOGATHON 2016

14/1/2016 - satu pertandingan jogathon peringkat sekolah telah berlangsung pada hari khamis baru-baru ini. Semua murid SKGK telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Saturday, January 16, 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2016

7/1/2016 - Pada hari khamis,semua murid dan guru terlibat dalam menjayakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bagi tahun 2016.
Program ini berjalan selama setengah hari dimana murid belajar seperti biasa.

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

17/1/2016 - pada hari Ahad, telah berjalan satu majlis perlancaran program nilam peringkat sekolah.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Azizah bt. Daud, penolong kanan HEM.
Selain itu,murid yang mencapai tahap bacaan yang ditetapkan telah mendapat cenderamata daripada pihak sekolah.
Tahniah dan teruskan budaya membaca!