Saturday, July 16, 2011

Motivasi Anjuran Unit Kaunseling SKGK



13/7 - Satu motivasi anjuran Unit Kaunseling SKGK telah diadakan bertempat di Dewan SKGK. Murid-murid tahun 5 dan 6 terlibat.

Pelajar Tidak Hadir Sekolah Melebihi 10 Hari



14/7 - Pihak Pengurusan SKGK telah mengadakan sesi bertemu dengan murid-murid yang tidak hadir ke sekolah melebihi 10 hari sepanjang 2011. Murid-murid telah diberi kaunseling oleh kaunselor SKGK, Cikgu Sabdani.

Solivite



6 Julai - Solivite telah datang ke SK Gong Kapas untuk tujuan pemasaran. Murid-murid tahap 2 telah berkumpul di dewan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Solivite.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kuala Terengganu



Tahniah kepada Pasukan Kawad Kaki SKGK yang telah mendapat tempat ke-4 daripada 12 pasukan yang bertanding. Seramai 31 orang murid telah menganggotai pasukan ini mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah Kuala Terengganu.



Terima Kasih diucapkan kepada En. Yussof (anggota Wataniah) yang sanggup datang untuk melatih pasukan ini tanpa mengenal penat dan lelah.



Seribu penghargaan untuk Cikgu Saidin M. Sharif yang bertindak selaku pengurus pasukan. Segala pengorbanan tidak akan dilupakan.