Wednesday, April 13, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSDKTS Bawah 12 tahun 2011

Sekolah Kebangsaan Gong Kapas akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Baling MSSDKTS Bawah 12 Tahun 2011. Berikut adalah maklumat kejohanan :

Tarikh : 17 - 19 April 2011
Tempat : Padang SKGK

Sila download jadual kejohanan di pautan di bawah
Jadual Kejohanan Bola Baling MSSDKTS Bawah 12 tahun 2011

Sunday, April 3, 2011

Pasukan Bola sepak SKGK

28 Mac 2011 - Pasukan Bola Sepak SKGK sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah apabila menjadi Johan Kumpulan dan layak beraksi di peringkat suku akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada 14 April 2011 nanti. Dalam aksi terakhir kumpulan yang disaksikan sendiri oleh Penolong Kanan Kokurikulum SKGK, Cikgu Mohamad, Pasukan Bola Sepak SKGK telah mengalahkan SK Bukit Bayas dengan 1-0. Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SKGK terutamanya jurulatih, Cikgu Mat Nor yang telah bersusah payah melatih dan membimbing pasukan ini.

Sumbangan Kasut You


3 Apr 2011 - Murid-murid SKGK yang cemerlang telah mandapat sumbangan dari Kedai Kasut You berupa beg sekolah. Pihak pengurusan SKGK mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan ini.

Pasukan Ragbi SKGK

27 Mac 2011 - Pasukan Ragbi SKGK telah mendapat tempat ke-2 pada kejohanan ragbi MSSDKTS yang berlangsung di SK Tengku Bariah. Seramai 4 orang murid terpilih untuk mewakili daerah dalam MSST yang akan berlangsung pada 31 Mac - 2 April 2011. Tahniah kepada Pasukan Ragbi SKGK.

E-Book


28 Feb 2011 - Seramai 58 orang murid tahun 5 SKGK telah mendapat sumbangan e-Book dari kerajaan negeri Terengganu. Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka MAIDAM telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Ahmad b Said.

Sambutan Maulidur Rasul 2011


22 Feb 2011 - Sambutan Maulidur Rasul 2011 peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Murid-murid menunjukkan tahap penglibatan yang sangat baik.


Perarakan telah diadakan ke kampung di belakang SKGK melibatkan jarak sekitar 3km. Murid-murid berarak mengikut rumah sukan masing-masing dengan membawa sepanduk yang telah dibuat bersama para guru.


Selepas perarakan, murid-murid mengikuti ceramah agama di dewan SKGK. Aktiviti seperti melukis poster juga turut diadakan.

Gotong-royong Perdana




19 Feb 2011 - Gotong-royong perdana telah diadakan melibatkan semua guru dan staf SKGK sambil dibantu oleh para ibubapa. Gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)

22 Mac 2011 - MTQ bagi zon Bukit Besar telah diadakan di SK Seri Budiman II. Bagi pertandingan hafazan, Mohd Zulfadli b Zulkarnain dari Sek Keb Gong Kapas telah menjadi johan. Manakala bagi pertandingan bercerita,murid SKGK telah mendapat tempat ke-4 dan ke-5.

Pasukan Nasyid SKGK


Pasukan Nasyid SKGK telah diundang untuk mengadakan persembahan sempena Pertandingan Bercerita Anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu.

Kejohanan Olahraga SKGK Kali Ke-25


Kejohanan Olahraga SKGK Kali Ke-25 telah diadakan dengan jayanya pada 1-2 Mac 2011. Sebanyak 4 pasukan bertanding iaitu Rumah Merah, Biru, Kuning dan Hijau telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


Acara-acara yang dipertandingkan melibatkan pasukan pra sekolah hinggalah ke murid-murid tahun 6.


Rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan bagi kejohanan kali ini. Kami warga SKGK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan kejohanan ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Latihan Rumah Sukan










Latihan rumah sukan sentiasa diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Rumah Biru & Hijau : Hari Isnin (3.30ptg - 5.30ptg)

Rumah Merah & Kuning : Hari Rabu (3.30ptg - 5.30ptg)


Guru-guru dan murid-murid menunjukkan komitmen masing-masing bagi memastikan aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat bersama. Guru Besar SKGK, Cikgu Tan Chong Huat juga turut serta sepanjang latihan olahraga dijalankan.