Sunday, February 27, 2011

Kejohanan Olahraga SKGK Kali Ke-25

Kejohanan akan berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2011. Semua ibubapa dijemput hadir. Kejohanan akan dirasmikan oleh PPD Kuala Terengganu pada 2 Mac 2011, jam 8.30 pagi.

Jadual kejohanan telah diedarkan kepada murid-murid. Acara akan dilangsungkan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Selepas itu sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa. Murid-murid diingatkan supaya membawa buku mengikut jadual waktu selepas waktu rehat. Kejohanan akan disambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Kelas KAFA sepanjang kejohanan dibatalkan.

Perlantikan Pengawas Sekolah 2011


30 Januari 2011, Ahad - Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2011 telah diadakan bertempat di Dewan SKGK. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Sarjan Ngah bin Ibrahim dari IPD Kuala Terengganu. Perlantikan ini menjadikan bilangan keseluruhan pengawas di SKGK berjumlah 49 orang.

Monday, February 21, 2011

Pertandingan Catur Peringkat MSSD KTS


Pertandingan Catur peringkat MSSD Kuala Terengganu Selatan (KTS) telah diadakan di SMK Padang Negara pada 8 dan 9 Februari 2011. Seramai 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan dari SKGK telah menyertai pertandingan tersebut dalam kategori L12 dan P12.
Bagi kategori individu L12, SKGK mendapat tempat ke-29 daripada 66 peserta menerusi Muhammad Nurullah manakala bagi kategori individu P12 pula, SKGK mendapat tempat ke-36 daripada 57 perserta menerusi Amira Tasneem. Bagi kategori keseluruhan pula, SKGK mendapat tempat ke-10 daripada 17 buah sekolah yang bertanding.

Jamuan Perpisahan Guru


Jamuan Perpisahan Guru SKGK telah berjaya diadakan pada 27 Januari 2011 di Restoran Paradise, Pasir Panjang. Semua guru SKGK telah menghadirkan diri untuk memberi penghormatan kepada guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain.
Pertukaran ini melibatkan Cikgu Hjh Hafsah bt Mohamad (SK Tok Jiring), Cikgu Abdul Manan b Abd Rahman (SK Pusat Chabang Tiga) dan Cikgu Sharifah (SK Tengku Bariah). Manakala Ustazah Hasmah pula telah memilih untuk bersara awal atas faktor kesihatan.

Perasmian Pondok Bacaan


Cikgu Hjh Hafsah b Mohamad, mantan Guru Besar SKGK telah menyempurnakan acara perasmian pondok bacaan pada 4 Januari 2011. Pondok yang terletak bersebelahan dengan surau sekolah telah dinamakan Pondok Hj Mohamad b Long. Nama ini bersempena dengan nama arwah ayahanda Cikgu Habsah.

Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar


Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Kapas (SKGK), Cikgu Hjh Hafsah bt Mohamad telah diadakan pada 4 Januari 2011. Beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tok Jiring bermula pertengahan bulan Disember 2010. Beliau telah banyak menabur jasa sepanjang berkhidmat di SKGK sehingga SKGK dianugerahkan Sekolah Cemerlang KPM 2009. Terima Kasih Cikgu. Budimu tidak akan dilupakan.

Motivasi Murid Tahun 6









Sesi motivasi bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan sepanjang minggu pertama persekolahan iaitu bermula 3 Januari 2011 dan berakhir pada 6 Januari 2011. Motivasi ini diketuai oleh Cikgu Sabdani b Alias yang juga merupakan guru kaunselor di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Objektif utama sesi motivasi ini adalah untuk menaikkan semangat murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR.

Pendaftaran Kemasukan Murid Sesi 2011









Pendaftaran kemasukan murid-murid ke Sekolah Kebangsaan Gong Kapas telah berjalan dengan jayanya pada 1 Januari 2011. Semua guru telah memberikan komitmen yang tinggi dan bekerjasama baik dengan ibubapa. Pada hari tersebut juga, Cikgu Tan Chong Huat, Guru Besar SKGK telah memberi penerangan berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada ibubapa.