Thursday, September 30, 2010

A Moment In English Program


27 September 2010 - Tahniah dan syabas kepada murid-murid pra sekolah SKGK kerana berjaya membuat persembahan sketsa, nyanyian dan gerakan bertajuk " One For All, All For one" di Taman Budaya Kuala Ibai. Seramai 25 orang murid pra sekolah berserta 4 orang guru pengiring terlibat dalam program tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNT Tuan Haji Zubir Embong.

Wednesday, September 29, 2010

Warna-warni Di Aidil Fitri


Pada 30 September 2010, SK Gong Kapas telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Murid-murid kelihatan ceria berbaju baru serta membawa kuih raya. Para ibu bapa turut dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis.
Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan Guru Besar menyampaikan ucapan. Ini diikuti pula ucapan oleh Tn. Hj. Shuahami bin Endut, Kaunselor Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan En. Ayub Sabri b. Hj. Nuh, Naib Yang Dipertua PIBG.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan murid-murid SKGK. Cikgu Wan Nadiah menggamatkan suasana dengan alunan suara merdunya mendendangkan lagu "Pulanglah".
Murid-murid dan para tetamu dijamu dengan hidangan istimewa Hari Raya sebelum bersurai pada pukul 12.45 tengahari.